
Pemenang anugerah Golden Globe Jennifer Garner (Alias, 13 Going on 30, Juno) akan memainkan watak utama dalam filem komedi terbaru Netflix berjudul “Family Leave“, lapor The Hollywood Reporter.
Filem adapatasi buku “Bedtime for Mommy” tulisan Amy Krouse Rosenthal digambarkan sebagai komedi ‘bertukar-badan’.
Ia menceritakan dua keluarga yang secara tiba-tiba bertukar badan, dan mereka mesti bersatu serta mencari jalan untuk menukar kembali badan mereka, sambil sambil melayari kehidupan harian dengan badan yang berbeza, sebelum terlambat.
Garner turut menjadi penerbit bersama Nicole King untuk Linden Entertainment sertta Lawrence Grey dan Ben Everard yang mewakili syarikat produksi Grey Matter Productions. Jason Brian Rosenthal akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.
Selain filem ini, Garner bakal muncul dalam dua lagi filem Netflix iaitu “Yes Day”, yang berdasarkan buku karya Amy Krouse Rosenthal dan Tom Lichtenheld, serta filem aksi sains fiksyen “The Adam Project” bersama-sama Ryan Reynolds, Zoe Saldana dan Mark Ruffalo.