Sebelum ini, pengarah Martin Scorsese telah menimbulkan kontroversi apabila menyifatkan filem Marvel seperti “taman tema”, dan kini seorang lagi selebriti tampil bersuara mengenai pendapatnya tentang filem-filem marvel.
Ketika ditemubual majalah Variety, bekas pelakon sitcom Friends Jennifer Aniston berkata bahawa, dia merasakan industri filem semakin “berkurang” disebabkan jumlah filem-filem Marvel yang menerjah layar perak tahun demi tahun.
“And then you’re seeing what’s available out there and it’s just diminishing and diminishing in terms of, it’s big Marvel movies. Or things that I’m not just asked to do or really that interested in living in a green screen.”
Tidak dipastikan kenapa dia berkata demikian, adakah terinspirasi dengan kenyataan penuh berani Scorsese?, bosan dengan filem-filem Marvel? ataupun mungkin kecewa kerana tidak mendapat watak untuk berlakon dalam filem-filem bertemakan superhero? Apapun, kenyataannya ini telahpun menerima kecaman dari peminat di Amerika Syarikat , dan rata-rata mereka memerli filem terbaru lakonanya bersama Adam Sandler berjudul Murder Mystery.
Jadi kepada peminat-peminat filem, adakah ada bersetuju dengan kenyataan Jennifer Aniston? kongsikan pendapat anda.