Trivia

Jenis-Jenis Zombi Yang Anda Lihat Dalam Filem

Views

Selain filem aksi, hantu dan sebagainya, filem zombi merupakan antara tema yang menjadi pilihan kaki-kaki wayang. Resident Evil, Train to Busan, 28 Days Later, The Walking Dead antara filem / siri televisyen bertemakan zombi yang popular dikalangan penonton.

Tetapi perasankah anda, tidak semua filem zombi memaparkan karakteristik zombi yang sama. Anda yang bergerak perlahan, ada yang kuat dan tidak kurang juga yang berlari sangat laju.

Oleh demikian, artikel kali ini akan kongsikan jenis-jenis zombi yang anda biasa lihat dalam filem. Harus diingat, artikel ini bersifat santai sahaja, jika inginkan bacaan serius mengenai jenis-jenis zombi dalam dunia sinematik, permainan video, animasi dan sebagainya, anda boleh membacanya di Zombiepedia.

1. Walker

Zombi yang paling biasa dilihat dalam filem-filem, bergerak perlahan dan tidak memberi ancaman dengan pantas. Bagaimanapun, mereka cenderung menyerang secara berkumpulan, dan mempunyai daya tahan yang luar biasa yang menjadikannya ancaman besar bagi manusia.

Zombi seperti ini boleh ditemui dalam siri The Walking Dead, filem Night of the Living Dead dan Zombi Kampung Pisang

2. Runners

Jika terserempak dengan zombi jenis ini, bersiap sedialah untuk berlari, mencari kenderaan yang masih berfungsi, bersembunyi atau bersedia untuk dimakan. Runners mempunyai abiliti untuk berlari dengan sangat laju tanpa merasa penat dan sangat bermotivasi tinggi untuk membunuh mangsa. Bagaimanapun, mereka boleh terbunuh akibat luka di dada, pendarahan keluar, dahaga, kelaparan, atau bahkan jangkitan zombi itu sendiri. Namun tembakan di kepala masih diperlukan sepertimana membunuh zombi biasa.

Zombi yang sangat laju ini boleh dilihat dalam filem World War Z, Dawn of the Dead (2004), 28 Days Later, Train to Busan dan REC 2,

3. Crawler

Zombi yang bergerak dengan cara merangkak kerana tidak lagi mampu berdiri atau tidak mempunyai kaki. Walaupun bergerak perlahan, Crawler sangat merbahaya sekiranya tidak berhati-hati dan tidak menumpukan sepenuh perhatian. Crawler boleh menangkap kaki mangsa dan menggigit, menjangkiti serta mungkin mampu melumpuhkan kaki mangsa. Ia juga dapat bergerak sejauh beberapa meter, semata-mata mahu 'mengokak' otak.

4. Bonies

Bonies adalah zombie dimana sebahagian besar dagingnya telah mereput, meninggalkan kulit yang berwarna hitam, dan tendon yang terhad. Mereka ini berada di tahap akhir zombifikasi dan sering tidak melakukan apa-apa kecuali berinteraksi dengan zombie lain atau mengesan manusia. Contoh terbaik Bonies boleh dilihat dalam filem Warm Bodies. Zombi yang mirip seperti Bonies juga boleh dilihat dalam filem The Blind Dead dan Army of Darkness,

5. Zombi Pintar

Tak semua zombi tak berotak, ada juga yang bijak. Walaupun telah bertukar menjadi zombi, ia masih mengekalkan personaliti dan kepintarannya. Zombi yang pintar ini boleh dilihat dalam filem Land of the Dead arahan George A. Romero. Dalam filem tersebut, Big Daddy - si zombi yang menunjukan ciri-ciri kepintarannya - telah mengetuai segerombolan zombi, menyerang bandar yang diduduki manusia.

Filem-filem lain yang turut memaparkan zombi yang pintar adalah I Am Legend dan The Girl With All The Gifts

6. Zombi Nazi

Zombi yang berpakaian seragam tentera Nazi, tidak seperti Walker dan memiliki abiliti seperti Runners, sangat bijak berbanding zombi biasa, sukar untuk dibunuh, kejam, dan menakutkan. Kebanyakkan 'origin' zombi Nazi adalah dari hasil eksperimen yang dijalankan saintis Nazi dalam usaha mencipta tentera super semasa Perang Dunia Dedua. Zombi jenis ini sangat popular dalam permainan video Call of Duty tetapi turut muncul dalam beberapa filem seperti Outpost (francais), Dead Snow, Overlord dan Blood Creek. 

7. Zombi Mat Bunga

Siapa kata zombi tidak mempunyai perasaan? filem Warm Bodies membuktikan zombi juga mahu bercinta dan dicintai. Tetapi hanya zombi dalam filem Warm Bodies sahajalah, dalam filem-filem lain, zombinya lebih gemar memakan hati manusia dari jatuh cinta.

8. Zombi Resident Evil

Terdapat pelbagai zombi dari francais Resident Evil - dari jenis Walker, Runners sehingga zombi yang bermutasi. Berpunca dari T-Virus ciptaan Umbrella Cooperation yang mengubah hos manusia menjadi zombie. Kekuatan dan abiliti berbeza, bergantung pada jenis, antara yang popular adalah Axeman, Majini Undead, Las Plagas Undead dan Super Undead.

9 . Zombi berperisai / Zombi Askar / Polis

Mereka ini adalah askar atau polis yang lengkap dengan senjata dan peralatan pelindungan diri sebelum dijangkiti dan bertukar menjadi zombi. Sukar untuk dibunuh dengan senjata api memandangan zombi-zombi ini dilindungi kevlar kalis peluru dan helmet.

10. Zombi Rempit

Zombi yang sangat 'rare'. Jika anda pernah menonton filem Zombi Kampung Pisang, pasti anda perasan adegan zombi merempit sambil berhibur dengan mendengar lagu 'Fengtau' di Pekan Karai yang musnah diserang di Zombi. Kami cuba mencari gambar adegan tersebut di carian Google, tetapi tidak menjumpainya. Jika anda ada, mungkin boleh kongsikan kepada kami untuk dipaparkan disini! 🙂

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks