Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jenama TV Baharu ‘Cartoonito’ Ajak Si Kecil Gelak Ketawa, Bermain Sambil Belajar


Siaran Media

Waktu dinanti-nanti si kecil sudah tiba untuk mereka ketawa, bermain sambil belajar dengan pilihan program jenama baharu, Cartoonito yang disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).

Baru sahaja dilancarkan, Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronokan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya.

Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian).

Cara pembelajaran bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, belajar daripada kesilapan dan melayani orang lain dengan rasa empati serta hormat.


Sebagai contoh, dalam animasi Lucas the Spider – yang diadaptasi daripada siri viral YouTube – watak berkenaan, seekor labah-labah bernama Lucas, selalu menunjukkan kebaikan dan kesungguhan dalam setiap pengembaraannya.

Dalam pada itu, Cartoonito turut dipadukan dengan animasi menarik lain seperti Baby Looney TunesDino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi oleh Sesame Street

Rancangan-rancangan tersebut membentuk untaian animasi yang meraikan ciri keperibadian dan keaslian sementelah mengangkat semangat kreativiti, belas kasihan dan keterangkuman. Kebanyakan rancangan yang disebutkan – termasuk juga Sesame Street –  boleh ditonton menerusi laman penstriman, HBO GO.

Lebih mengujakan, antara yang baharu kepada penonton termasuk bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge. Karakter-karakter ini sangat suka mengembara dunia dan mempelajari perkara-perkara baharu, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.

Beberapa minggu menjelang pelancaran Cartoonito, para keluarga di sekitar Asia ditugaskan untuk bermain permainan hide and seek (sembunyi-sembunyi) bersama maskot-maskot TV comel ini yang muncul di lokasi terkenal seluruh Malaysia.

Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR (bakal dilancarkan pada pertengahan April) yang menggalakkan kanak-kanak menari bersama Itty dan pada masa yang sama, memupuk sikap berani dan kreatif.

Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusi Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) setiap pagi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari atau tonton di laman penstriman,  HBO GO bermula Isnin 18 April.

Untuk maklumat lanjut, gunakan tanda pagar #CartoonitoAsia dan laman web CartoonNetworkAsia.com/Cartoonito serta @CartoonitoAsia di Facebook dan Instagram.


Related posts

Siri Original HBO TRUE DETECTIVE: NIGHT COUNTRY Akan Membuat Debut 15 Januari

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee

Tom & Jerry Berebut Durian Dalam Episod Pertama Siri Terbaru

Kakimuvee

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

Peacemaker 2 Akan Menjadi Projek James Gunn Seterusnya Selepas Superman: Legacy

Kakimuvee

Non-Stop Entertainment This June on HBO GO, HBO, Warner TV, Cartoon Network and Boomerang

Kakimuvee