Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jeffrey Wright Secara Rasminya Menjadi Commissioner Gordon Dalam Filem The Batman


Selepas lama dikaitkan dengan watak Commissioner Gordon dalam filem The Batman, akhirnya pelakon Jeffrey Wright disahkan secara rasmi untuk memainkan watak komisioner polis Bandar Gotham itu. Pekara tersebut disahkan sendiri pengarah Matt Reeves menerusi laman Twitter miliknya.

Wright dikenali menerusi peranannya dalam siri HBO Westworld, dan dia turut membawa watak Ejen CIA Felix Leiter dalam tiga filem James Bond. Pelakon itu juga bakal muncul dalam siri animasi Marvel Studios What..If? sebagai pelakon suara The Watcher.

Dia akan menyertai Robert Pattinson yang akan memainkan peranan utama sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman dan Paul Dano sebagai The Riddler.

Dalam DC Universe, Commissioner Gordon merupakan salah seorang sekutu Batman yang paling setia di Bandar Gotham. Watak tersebut pernah dilakonkan Gary Oldman dalam trilogi The Dark Knight, J.K. Simmons dalam filem Justice League, Ben McKenzie dalam 5 musim siri Gotham dan beberapa pelakon lain seperti James Gordons, Neil Hamilton dan Pat Hingle.

The Batman akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee