Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jeffrey Wright, Jonah Hill Dalam Rundingan Untuk Sertai Barisan Pelakon The Batman


Dua nama besar di arena Hollywood telah dikaitkan dengan filem The Batman arahan Matt Reeves. Menurut laporan dari THR, aktor Jeffrey Wright kini dalam rundingan untuk memainkan peranan sebagai Commissioner Gordon, manakala laman Variety mendedahkan, aktor komedi Jonah Hill akan memainkan salah satu ‘villain’ dalam filem solo Batman itu.

Watak Commissioner Gordon sebelum ini pernah dilakonkan oleh at Hingle, Gary Oldman, dan J.K. Simmons. Cuma watak villain yang bakal dibawa Hill kini menjadi perdebatan dikalangan peminat. Berdasarkan laporan dari Collider, Hill berkemungkinan memainkan peranan sebagai The Riddler, namun terdapat juga spekulasi yang mengaitkan pelakon tersebut degan watak The Penguin.

Kita nantikan perkembangan kedua-dua pelakon di masa yang terdekat.

Filem The Batman akan memulakan produksinya pada awal tahun hadapan dan dijangka akan menemui penonton pada 25 Jun 2021


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee