Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The Walking Dead: Jeffrey Dean Morgan Sahkan Negan Kekal Sehingga Musim Ke-8

negan-twd

Jika dilihat dari storyline komik The Walking Dead, Negan adalah salah satu watak villian paling terkenal dan ganas pernah dihadapi oleh Rick dan ahli kumpulannya. Malah, aktor Jeffrey Dean Morgan yang membawa karakter tersebut telah membuatkan peminat berpuas hati dengan mutu lakonannya kerana dia berjaya menghayati watak tersebut sehinggakan watak antagonis ituĀ menjadi watak paling dibenci dikalangan peminat The Walking Dead.

Sejak kemunculan pertama dalam episod 1 musim ketujuh The Walking Dead, kita dapat lihat keganasan yang ditunjukkan oleh Negan terhadap Rick dan kumpulan, malah ditunjukan pula bagaimana dia dan kumpulan “Savior”nya telah mengucar kacirkan beberapa komuniti sampaikan penonton tertanya-tanya adakah watak kejam ini akan tamat setakat musim ketujuh atau sebaliknya.

Namun persoalan adakah watak Negan cuma ada pada musim ketujuh sahaja terjawab apabila aktor tersebut mendedahkan masa depan watak tersebutĀ dalam siri TV The Walking Dead.

Semasa kemunculan aktor tersebut dalam rancanganĀ The Howard Stern Show,Ā Morgan telah mengesakan bahawa dia akan kembali sebagai Negan dalam musim kelapan. Malah, beliau turut memberitahu dalam dua episod akan datang, watak tersebutĀ akan membawa perubahan besar dalam perjalanan musim ketujuh ini.

negan

Lawatan kumpulan Savior ke Alexandria di awal musim yang lalu dianggapĀ permulaan sahaja, malah sehingga kini, jika kita menonton sejak episdo satu, kita tidak nampak perancangan rapi Rick untuk menjatuhkan kumpulan Savior.

Jadi, dijangka lebih banyak cerita dan episod menarik akan berlaku terutamanya pada musim akan datang setelah Morgan mengesahkan watak Negan kekal sehingga musm akan datang. Mungkin musim ini lebih kepadaĀ introduction watak antagonis dan kumpulan Savior kepada penonton.

Nampaknya siri The Walking Dead semakin menarik sejak kemunculan Negan dan kumpulan Savior. Kita dapat lihat bagaimana mereka yang hidup diĀ zaman Zombi ini bukan saja berhadapan dengan undead, mereka juga terpaksa menghadapaiĀ kumpulan Savior yang terkenal dengan sifat kejam dan tidak berperikemanusian.

So kepada yang mengharap Negan mati pada musim ini, bolehlah tangguhkan harapan korang sehingga ke musim akan datang. Apapun, The Walking Dead semakin menarik dengan kemunculan satu lagi komuniti yang berdendam dengan Negan dan Savior.

Episod akan datang, “Sing Me A Song”

 

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment