Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jeff Nichols Tulis/Arah Filem Ketiga Quiet Place


Pandemik yang melanda global memaksa filem kedua A Quiet Place ditunda ke tahun hadapan. Namun, ia tidak menghalang studio Paramount Pictures untuk mengembangkan lagi dunia Quiet Place. 

Menurut laporan Deadline, pengarah dan penulis Loving, Jee Nichols telah dipilih untuk menulis dan mengarahkan filem ketiga A Quiet Place. 

Walaupun John Krasinski tidak kembali dalam filem ketiga, skrip yang ditulis oleh Nicols akan berdasarkan dari idea asal John Krasinski. Paramount jelas sekali yakin dengan projek terbaru ini, dan telah menetapkan tarikh tayangan pada 2022. 

A Quiet Place: Part II sepatutnya ditayangkan pada Mac tahun ini, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia ditunda ke tahun hadapan. 

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.


Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pelakon baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee