Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Javier Bardem Bakal Membawakan Watak King Triton Dalam Filem Little Mermaid

Filem ‘live action’ The Little Mermaid terus mencari barisan terbaik para pelakonnya, terbaru aktor Javier Bardem dilaporkan kini sedang dalam rundingan dengan pihak Disney untuk membawakan watak King Tridon, ayah kepada Ariel lakonan Halle Bailey.

Sebelum ini, bintang filem Dunkirk, Harry Styles turut dalam fasa rundingan untuk memainkan peranan sebagai Prince Eric. Kedua-dua pelakon ini akan menyertai barisan pelakon seperti Jacob Tremblay sebagai Flounder, Awkwafina sebagau Scuttle dan pelakon terkenal, Melissa McCarthy yang bakal memainkan watak penjahat filem The Little Mermaid, iaitu Ursula.

The Little Mermaid diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.

Setakat ini, tarikh tayangan The Little Mermaid masih belum diumumkan pihak studio.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment