Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jaume Collet-Serra Bakal Mengarahkan Filem Superhero Black Adam


Filem adiwira DC, Black Adam yang akan dibintangi pelakon terkenal, Dwayne Johnson telahpun menemui pengarahnya.

Menurut laporan dari laman The Hollywood Reporter, Dwayne Johnson akan kembali bekerjasama dengan Jaume Collet-Serra selepas pengarah filem Jungle Cruise itu dipilih studio New Line Cinema untuk mengarahkan filem mengenai karakter adiwira DC, Black Adam.

Untuk info, Jaume Collet-Serra dan Dwayne Johnson baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem live-action Disney berjudul Jungle Cruise.

Dwayne Johnson dan Geoff Johns akan menjadi penerbit eksekutif manakala Beau Flynn dan Hiram Garcia yang merupakan penerbit filem Rampage lakonan Johnson akan menjadi penerbit filem Black Adam.

Setakat ini, plot filem dan pelakon yang akan menyertai Dwayne Johnson masih lagi tidak diketahui. Dijangkakan, maklumat lanjut mengenai barisan pelakon dan sinopsis filem akan diketahui apabila penggambaran filem ini bermula.


Black Adam mula diperkenalkan dalam komik DC, The Marvel Family #1 pada Disember 1945. Karakter tersebut dianggap sebagai musuh ketat kepada adiwira Shazam. Diawal penciptaan karakter tersebut, Black Adam merupakan putera Mesir dan mula menjadi korup disebabkan penyalahgunaan kuasa magik yang ada pada dirinya. Namun dalam dunia baru komik DC, karakter ini dianggap sebagai anti-hero.


Related posts

Krisis Antara Dwayne Johnson & Warner Bros. Terbongkar

Kakimuvee

“Black Adam” Tiada Dalam Perancangan James Gunn, Dwayne Johnson Keluarkan Kenyataan

Kakimuvee

The Rock Tidak Pernah “Followed” Akaun Instagram Black Adam & Warner Bros.

Kakimuvee

The Rock ‘Unfollowed’ Instagram Black Adam & Warner Bros.

Kakimuvee

Black Adam: Dwayne Johnson Dituduh Sengaja Beri Laporan Kewangan Palsu Kepada Media

Kakimuvee

Dwayne Johnson Dakwa Black Adam Catat Keuntungan

Kakimuvee