Berita

Jason Statham & Guy Ritchie Kembali Bergandingan Dalam Filem Aksi Pengintipan "Five Eyes"

Views

Selepas bekerjasama dalam filem hit The Gentlemen dan filem akan datang, Wrath of Man, pengarah Guy Ritchie dan pelakon aksi terkenal, Jason Statham kembali bergandingan dalam filem thriller pengintipan Five Eyes untuk Miramax. 

Ritchie akan mengarah filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Ivan Atkinson dan Marn Davies (The Gentlemen, Wrath of Man).

Dalam filem ini, ejen MI6 Orson Fortune (Statham) direkrut oleh pakatan perisikan global ‘Five Eyes’ untuk mengesan dan menghentikan penjualan teknologi senjata baru yang mengancam ketenteraman dunia. Enggan bekerjasama dengan pakar teknologi tinggi CIA, Sarah Fidel, Fortune berangkat ke misi ke seluruh dunia di mana dia harus menggunakan semua daya tarikannya, kepintaran, dan kecerdasannya untuk mengesan dan menyusup masuk ke organisasi yang diketuai broker senjata jutawan Greg Simmonds.

Penggambaran akan bermula 10 Oktober ini di Eropah.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares