Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jason Momoa Sertai Barisan Pelakon “Fast & Furious 10”


Barisan pelakon Fast & Furious 10 terus berkembang apabila Jason Momoa disahkan menyertai filem aksi popular itu, lapor Comingsoon.

Berita tersebut hadir selepas terdapat laporan yang mengatakan Momoa sedang dalam fasa akhir perbincangan untuk menyertai filem arahan Justin Lin itu. Peranan bintang Aquaman itu masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber, dia “akan memainkan salah satu watak penjahat” dalam ansuran kesepuluh francais The Fast & The Furious. 

Fast & Furious 10 sekali lagi akan diarahkan oleh Justin Lin, yang juga merupakan pengarah untuk ansuran terakhir. Chris Morgan turut terlibat dalam projek akan datang sebagai penulis lakon layar. Walaupun barisan pelakon masih belum diumumkan secara rasmi, dijangkakan bintang asal seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Ludacris, Nathalie Emmanuel, dan Sung Kang akan kembali meneruskan peranan mereka masing-masing. 

Berdasarkan karakter yang dicipta oleh Gary Scott Thompson, ansuran terbaru ini membawa keluarga Dom ke seluruh dunia, dari London ke Tokyo, dari Amerika Tengah ke Edinburg, dan dari bunker rahsia di Azerbaijan ke jalan-jalan sesak di Tbilisi. Sepanjang perjalanan mereka, rakan dan musuh lama muncul kembali, sejarah akan ditulis kembali, dan maksud keluarga sekali lagi diuji.

Francais filem aksi itu bermula pada tahun 2001 dengan pelancaran Fast & Furious, yang diikuti dengan beberapa sekuel, spin-off, permainan video dan barangan. Fast & Furious pada masa ini mempunyai gabungan kutipan kasar di seluruh dunia lebih daripada $6 bilion.



Related posts

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee

Jason Momoa Tidak Lagi Menjadi Aquaman, Akan Beralih Ke Watak Baharu DC

Kakimuvee

Layari Dunia Mimpi Dalam Trailer “Slumberland”

Kakimuvee

Kerana Botol Plastik, Bintang Aquaman Jason Momoa Sanggup Mencukur Rambut

Kakimuvee

Jason Momoa Sahkan Ben Affleck Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Filem Aksi Langsung Minecraft Lakonan Jason Momoa Kini Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee