Pemilik studio filem Blumhouse yang terkenal dalam penerbitan filem-filem seram, Jason Blum berharap, suatu hari nanti dua franchise filem seram terkenal iaitu Insidious dan Sinister akan bertembung sebuah filem ‘crossover’ tidak lama lagi.
Beliau meluahkan hasratnya melihat dunia Insidious bertembung dengan dunia Sinister semasa ditemubual dalam rancangan televisyen Kanada, Channel CinePop.
“We almost did ‘Insidious’ and ‘Sinister’ and I still feel like we might do that, so I think so. I think we’re going to cross our worlds at some point. I don’t know how yet, but we’re going to try,”
Franchise filem Insidious telah bermula sejak 2011 dan kini sudah memasuki filem keempat yang baru ditayangkan dipawagam berjudul Insidious: The Last Key. Filem keempat Insidious itu kini telah mengumpul sebanyak $96 juta dollar seluruh dunia. Jumlah terkumpul franchise Insidious kini telah mencecah $468.6 juta dollar dari modal membikin keempat-empat filem berkenaan hanya $26.5 juta dolalr sahaja.
Manakala 2 filem seram Sinister telah dihasilkan iaitu pada 2012 dan 2015 dan telah mengumpul $130.6 juta dolar seluruh dunia.
Jika hasrat bos Blumhouse direalisasikan, kita bakal menyaksikan pakar psikik, Elise berhadapan dengan entiti yang dikenali sebagai Bughuul atau Eater of Children dalam satu filem seram.
Jason Blum juga mendedahkan setakat ini, tiada perancangan untuk hasilkan filem ketiga Sinister dan filem kelima Insidious bergantung pada prestasi filem The Last Key yang kini sedang ditayangkan.