Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jason Blum Berharap “The Hunt” Dapat Ditayangkan Dimasa Hadapan


Beberapa kes tembakan rambang yang berlaku di Amerika Syarikat awal bulan ini telah memaksa studio Universal mengambil tindakan drastik untuk membatalkan tayangan filem satira politik thriller, The Hunt. 

Bagi penerbit filem tersebut, Jason Blum, dia akur dengan keputusan pihak studio, tetapi berharap agar filem The Hunt dapat ditayangkan di masa hadapan.

Ketika ditemubual Vulture, bos syarikat penerbitan Blumhouse Production itu berkata, dia mempelajari banyak pekara disebabkan keputusan tersebut.

“Jika saya ditawarkan pilihan untuk membuat filem semula, saya akan berkata ya,”

“Kami pasti membuat kesilapan pemasaran, dan kami membuat banyak kesilapan di sepanjang jalan. Jadi saya banyak belajar. Ia mungkin mengubah cara saya meletakkan sesuatu filem dan bagaimana saya akan berunding dengan pemasaran filem. Tetapi sebenarnya pembuatan filem? Tidak. “


Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan filem The Hunt akan ditayangkan dipawagam di masa hadapan, Blum berkata peluang “pasti” ada untuk mendapatkan pelepasan dan berharap ia dapat ditayangkan.

Filem terbaru itu, dimana ia memaparkan sekumpulan orang kaya yang menculik dan memburu mereka adalah acara sukan, telah menjadi subjek kontroversi selepas berlaku kes tembakan rambang di El Paso, Texas dan Dayton Ohio.

The Hunt sepatutnya ditayangkan pada September hadapan, dan setakat ini, Universal tidak mendedahkan bila dan bagaimana mereka merancang untuk mengedarkan filem tersebut dimasa akan datang.


Related posts

Mandy Moore & Kumail Nanjiani Bintangi Spin-Off ‘Insidious’

Kakimuvee

Filem Pertama Trilogi “The Exorcist” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Review Filem: Unhinged (2020)

Kakimuvee

Terpisah & Diburu, Filem Thriller Let It Snow Akan Menemui Penonton 24 September Ini

Kakimuvee

Jake Gyllenhaal & Antoine Fuqua Kembali Bekerjasama Dalam Filem Thriller The Guilty

Kakimuvee

Penculikan, Penghambaan & Rasisme Dipaparkan Dalam Klip Video ‘Antebellum’

Kakimuvee