Jared Leto Bakal Memainkan Peranan Sebagai Pembunuh Bersiri Dalam Filem Jenayah “The Little Things”

1210
views

Jared Leto dilaporkan sedang berunding untuk menyertai pelakon Denzel Washington dan Rami Malek dalam filem jenayah thriller terbaru terbitan Warner Bros., berjudul The Little Things. 

The Little Things akan mengisahkan tentang seorang timbalan Sheriff bernama Deke (Washington) yang bekerjasama dengan Baxter (Malek), seorang detektif dari Jabatan Sheriff Los Angeles dalam memburu seorang pembunuh bersiri yang bijak.

Deke dapat menghidu “perkara-perkara kecil” yang boleh membantu menyelesaikan kes, tetapi dia perlu melanggar peraturan, yang menimbulkan masalah bagi Baxter. Sementara itu, Deke mempunyai masalah sendiri, kerana dia dihantui oleh rahsia gelap dari masa lalunya.

Pengarah filem The Blind Side, John Lee Hancock akan menulis dan mengarahkan filem ini. Jika rundingan diantara Leto dan pihak studio berjaya, dia akan memainkan peranan sebagai pembunuh bersiri.

Penggambaran filem dijangka akan bermula pada September akan datang.

Sumber: Variety

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here