Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Janna Nick Bakal Menjadi Pengarah Muda?

Janna Nick
Kredit gambar: Mediahiburan.my

Aktres terkenal yang juga penyanyi, Janna Nick kini mencuba sesuatu yang baru dalam kerjaya seninya apabila sudah menceburi bidang pengarahan.

Menerusi kerjaya barunya ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner telah membuat debutnya menerusi sebuah klip video single terbaru nyanyiannya berjudul Akan Bercinta yang menjalani penggambaran di Roma, Itali.


“Konsep klip video berkenaan merupakan cambahan idea saya sendiri. Bagaimanapun, klip video pertama yang saya hasilkan ini tidak mungkin menjadi realiti tanpa bantuan dan khidmat nasihat daripada mereka yang terlibat dalam penghasilan drama Coffee Prince.

“Biarpun berpuas hati dengan hasil produk akhir klip video ini tetapi masih banyak yang boleh diperbaiki. Ia merupakan sesi pembelajaran dalam bidang penerbitan buat diri saya,” Janna Nick

Kini, klip video arahan Janna Nick yang telah dimuat naik sejak empat hari lalu telah menerima jumlah tontonan lebih 300,000 pengguna di laman YouTube.

Bercerita lanjut mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran klip video itu berlangsung, pelakon Kimchi Untuk Awak ini berkata kekangan masa merupakan cabaran terbesar buatnya.

Jelasnya, mereka hanya mempunyai masa selama lima hari di Roma, Itali oleh itu dia perlu memastikan setiap masa digunakan sebaik mungkin kerana dia mengarah dua buah lagu termasuk sebuah lagu duet bersama Alvin Chong berjudul “Aku Kamu”.

Dalam pada itu, ditanya samada dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab lebih besar seperti mengarah drama atau filem, Janna mengakui dirinya masih lagi perlu banyak belajar sebelum membabitkan diri dalam pengarahan filem atau drama.

Bagaimanapun, dia akan terus belajar dan berusaha supaya dapat merealisasikan impiannya untuk bergelar sebagai pengarah muda kelak.

Sumber: Cinema.com.my

Related posts

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

Leave a Comment