BeritaSlot Tempatan

“Jangan Memperlekehkan Pelakon Lama” – Jalil Hamid

Views

Sudah menjadi tren dikalangan syarikat produksi tempatan yang gemar membezakan pelakon popular dan pelakon berpengalaman terutamanya dalam soal pembayaran. Walaupun isu ini telah disuarakan berulang-kali, masalah masih tetap berlaku dan tidak nampak perubahannya.

Bagi pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid, dia tidak dapat menyembunyikan perasanan kesalnya terhadap isu ini. Menurut pelakon tersebut, dia kini kurang menerima tawaran berlakon sejak 7 bulan yang lalu kerana isu bayaran sebuah syarikat produksi ditimbulkan pada tahun lalu.

Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, berpendapat bahawa syarikat produksi tidak sepatutnya memperlekehkan pelakon lama dan berpengalaman serta ingin melihat perubahan terhadap isu berkenaan.

“Walaupun isu bayaran untuk pelakon lama seperti saya sudah banyak kali disuarakan tetapi hingga kini masih tidak nampak perubahan. Bukan saya seorang yang bersuara tetapi ramai juga pelakon lama meluahkan perkara sama, namun situasi tetap sama.”

“Alasannya, pelakon popular perlu dibayar mahal manakala pelakon ‘tak berapa ada’ seperti saya kena bersedia terima bayaran murah,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru Jalil sedang menjalani penggambaran bagi siri drama 24 episod berjudul Rindu Yang Terlarang bersama pelakon Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.

BACA:  Jibam (2017) Review

Selain itu, Jalil bakal tampil dalam sebuah filem aksi istimewa golongan orang kurang upaya (OKU) berjudul Garang The Movie arahan Kan Varren.

Barisan pelakon yang turut menjayakan filem itu ialah Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Izam Abdul Hamid, Wan Hanafi Su dan Syukor Abd Hamid.

Diterbitkan oleh Sakthi Films Sdn Bhd, filem Garang The Movie bakal menemui penonton di pawagam bermula 5 Disember 2019.

Sumber: Cinema Online / Harian Metro

Tinggalkan Balasan

shares