Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Jangan Buat Hal Dengan Harley Quinn Dalam TV Spot Birds of Prey

Sempena majlis Game Awards yang berlangsung baru-baru ini, studio Warner Bros. Pictures telah melancarkan TV Spot terbaru filem Birds of Prey, TV Spot tersebut yang memaparkan Harley Quinn dan rakan-rakannya menentang konco-konco Black Mask dan Victor Zsasz yang cuba mengganggu mereka.

Anda boleh saksikan tv-spot tersebut dibawah.

Birds of Prey diarahkan oleh Cathy Yan, menjadikan dia pengarah wanita Asia pertama mengarahkan filem Superhero. Skrip filem disediakan oleh Christina Hodson.

Filem ini dibintangi Margot Robbie yang meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn, Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

Birds of Prey dijangka akan menemui penonton pada 7 Februari 2020.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment