Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Jangan Bagi Rambo Marah! Tonton Trailer Antarabangsa Rambo: Last Blood Disini


Trailer antarabangsa filem Rambo: Last Blood telah didedahkan kepada umum. Dalam trailer kali ini, Rambo dilihat bersiap sedia untuk memusnahkan kumpulan kartel dadah yang telah menculik cucunya. Anda boleh tontonnya dipemain video dibawah.

Babak kali ini menyaksikan Rambo lakonan Sylvester Stallone, tertekan dengan memori lampaunya, tinggal keseorangan disebuah rumah usang yang terletak di Arizona dan perlu meneruskan hidup dikala usia yang semakin tua.

Bagaimanapun, dia menerima berita yang kurang menyenangkan dimana cucu perempuannya telah hilang di Mexico. Dalam usaha mencari, Rambo mendapati cucunya telah diculik oleh penjenayah. Dengan mengunakan kudrat dan skill yang ada, Rambo sekali lagi keseeorangan menumpaskan mereka dan menyelamatkan cucunya.

Rambo: Last Blood diarahkan oleh Adrian Grunberg, manakala skrip turut ditulis oleh Matt Cirulnick. Turut membintangi filem ini adalah Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal, Sergio Peris-Mencheta, Oscar Jaenada, dan Joaquín Cosío

Filem kelima dalam Rambo saga ini dijangka akan menemui penonton pada 19 September 2019



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee