Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jang Nara & Jung Yong Hwa (CNBLUE’) Bintangi Drama Terbaru Mengenai Ejen Hartanah Pengusir Hantu

Jang Nara dan ahli kumpulan Pop Rock Korea CNBLUE akan bergandingan dalam drama terbaru.

Menurut laporan Soompi, kedua-dua aktor itu akan membintangi drama Daebak Real Estate (terjemahan harfiah), drama Rabu-Khamis terbaru KBS. Ia mengisahkan tentang ejen hartanah yang mengusir hantu dan aura jahat dari rumah yang pernah ada kes kematian. 

Drama terbaru ini ditulis oleh Ha Soo Jin, Lee Young Hwa dan Jung Yeon Seo, dan diarahkan oleh Park Jin Suk (School 2017, Naked Fireman, The Tale of the Bookworm).

Jang Nara akan berperanan sebagai Hong Ji Ah, bos Daebak Real Estate dan pengusir hantu. Dengan kecantikan dan kebijaksanannya, dia tampak sempurna di luar, tetapi dia adalah seorang yang pemarah yang mewarisi kebolehan pengusirannya dari ibunya.

Jung Yong Hwa akan memainkan peranan sebagai Oh In Bum, seorang penipu yang berpura-pura menjadi pengusir setan, memanfaatkan orang yang mempercayai hantu untuk mengaut keuntungan walaupun dia sendiri tidak mempercayai hantu. Dia adalah watak berfikir pantas dengan pemerhatian dan kemampuan logik tahap tinggi, yang menjadikannya penipu yang sempurna.

Daebak Real Estate akan ditayangkan pada tahun ini.

Related posts

Seo Ye Ji Keluar Dari Drama Terbaru OCN

Zulaikha

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

Rating “River Where The Moon Rises” Sedikit Meningkat

Zulaikha

Choa Kongsi Keterujaan Sertai Kembali “Running Man” Selepas 6 Tahun

Isqandar

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha