Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jang Hyuk Bintangi Filem Aksi “The Child Who Deserves to Die”

Pelakon Jang Hyuk disahkan membintangi filem aksi akan datang The Child Who Deserves to Die (tajuk literal). 

Filem terbaru itu berdasarkan novel berjudul sama karya Bang Jin dan mengisahkan seorang pembunuh upahan yang sudah bersara yang tanpa sengaja terjerat dalam sebuah kes selepas menggunakan kekerasan untuk melindungi seorang gadis remaja. Jang Hyuk berperanan sebagai Eui Kang, yang pernah menjadi pembunuh profesional tetapi kini menikmati kehidupan yang tenang. 

Jang Hyuk akan menyampaikan lakonan yang beremosi kepada penonton dengan filem yang menyegarkan dan aksi yang mendebarkan. 

Jang Hyuk kata, “Peranan Eui Kang yang saya ambil adalah watak yang nampak biasa di luar tetapi berapi di dalam. Saya harap proses dia mengatasi trauma dan mengubah persekitaran yang kacau digambarkan dengan cara yang menyegarkan dan saya memikirkan banyak cara untuk menunjukkan gaya aksi yang pelbagai dan baru kerana genrenya adalah aksi. Saya bekerja keras untuk mempersiapkan filem aksi di mana saya dapat mempersembahkan gaya baru dan segar, jadi harap anda menantikannya. ”

Pengarah The Swordsman, Choi Jae Hoon mengetuai projek terbaru ini. The Child Who Deserves to Die akan memulakan penggambaran pada Jun 2021.

Sumber: Soompi

Related posts

5 THINGS WE CAN LOOK FORWARD TO IN HOSPITAL PLAYLIST S2

Zulaikha

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating