Video

Jamie Lee Curtis Kongsikan Rakaman Di Set Penggambaran Halloween Kills

Views

Pelakon Jamie Lee Curtis telah kongsikan rakaman di set penggambaran filem sekuel Halloween Kills. Curtis akan kembali memainkan perananya sebagai Laurie Strode dalam filem tersebut. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Halloween Kills merupakan sekuel kepada filem Halloween yang ditayangkan tahun lepas, dan juga filem ke-12 dalam francais Halloween. 

Filem ini ditulis secara bersama oleh David Gordon Green dan Danny McBride, manakala Green juga turut bertindak selaku pengarah. John Carpenter yang mengarahkan filem asal Halloween kembali sebagai pencipta musik.

Selain Jamie Lee Curtis, filem ini turut disertai seorang lagi pelakon asal iaitu, Nick Castle yang akan memainkan watak sebagai Michael Myers bersama-sama seorang lagi pelakon, iaitu  James Jude Courtney. Turut membintangi filem ini adalah Judy Greer, Andi Matichak, Dylan Arnold, Kyle Richards, Charles Cyphers dan Nancy Stephens.

Halloween Kills akan ditayangkan pada 16 Oktober 2020.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman
shares