Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Wan Umumkan Perkahwinan Bersama Ingrid Bisu


Pengarah filem dan penulis skrip kelahiran Sarawak, James Wan telah mengumumkan perkahwinnanya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu pada Ahad yang lalu

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman sosial kedua-dua pasangan tersebut dilaman Instagram dan Facebook. Jamen Wan menerusi akaun pengguna @creepypuppet telah memuatnaik gambar berserta kapsyen berbunyi “One ring (I mean two) to rule them all”.

James Wan telah menerima ucapan tahniah daripada para peminatnya termasuklah beberapa selebriti ternama antaranya Henry Golding dan Randall Park.

 

View this post on Instagram

 

One ring (I mean two) to rule them all 👰 🎩 🎉🥂 No fuss. At home with our doggies as witnesses 😄🤗 Yaaayyyy!!

A post shared by James Wan (@creepypuppet) on

Sutradara itu mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah lebih 10 bulan bertunang.

Antara filem terkenal James Wan adalah Saw, Insidious, The Conjuring, Fast and Furious dan Aquaman. Isterinya pula terkenal dengan watak Sister Oana dalam filem bergenre seram, The Nun.


Filem Aquaman arahan James pada tahun lalu berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak $1.148 billion USD.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

The Conjuring 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Disney+ Bangunkan Siri Aksi-Langsung King Kong, James Wan Akan Jadi Penerbit

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee