Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

James Wan Terbitkan Pilot Siri Televisyen ‘I Know What You Did Last Summer’ Untuk Amazon

Pengarah dan penerbit filem-filem seram terkenal, James Wan dilaporkan akan menerbitkan siri pilot I Know What You Did Last Summer untuk platform streaming Amazon!.

Menurut laporan dari Blood-Disgustingsiri tersebut kini masih diperingkat awal pembangunan dan masih lagi tiada pengarah. Siri televisyen tersebut akan turut diterbitkan Neal Moritz manakala skrip untuk siri pilot akan dibuat oleh Shay Hatten.

Filem pertama I Know What You Did Last Summer diterbitkan pada tahun 1997 dan diarahkan oleh Jim Gillespie. Dibintangi Sarah Michelle Gellar, Jennifer Love Hewitt, Ryan Phillippe dan Freddie Prinze, Jr, filem slasher tersebut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang secara tidak sengaja melanggar seseorang dengan kereta sehingga mati. Takut dengan kejadian tersebut, mereka cuba menyembunyikan jenayah mereka itu. Bagaimanapun setahun kemudian, seorang demi seorang daripada mereka telah diburu dan dibunuh oleh seorang pembunuh misteri.

Sekuel filem I Still Know What You Did Last Summer diterbitkan pada tahun 1998 diikuti filem video berjudul I’ll Always Know What You Did Last Summer, pada tahun 2006.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment