Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Wan & Spyglass Angkat Siri Popular 80an KNIGHT RIDER Ke Layar Perak


Sudah lebih 30 tahun sejak siri lakonan David Hasselhoff, Knight Rider mengakhiri episodnya, dan kini Deadline melaporkan bahawa James Wan (The Conjuring Universe, Aquaman) bekerjasama dengan Spyglass Media untuk menghasilkan filem reboot siri aksi popular 80an itu.

James Wan akan menjadi penerbit bersama-sama Michael Clear melalui syarikat penerbitan mereka, Atomic Monster.

Filem Knight Rider akan ditetapkan pada masa sekarang dan mengekalkan ciri-ciri asal siri tersebut. Projek ini akan ditulis oleh bekas penulis permainan video TJ Fixman, yang menulis dan membangunkan permainan video Ratchet and Clank dan Resistance: Fall of Man. 

Dicipta Gleen A. Larson, siri asal keudara selama empat musim dari 1982 hingga 1986. Hasselhoff memainkan peranan utama sebagai Michael Knight, seorang pemandu pembanteras jenayah yang dibantu oleh sebuah kereta berteknologi tinggi bernama KITT, yang disuarakan oleh pelakon veteran, William Daniels.

Barisan pelakon dan tarikh tayangan Knight Rider akan diumumkan tidak lama lagi.



Related posts

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

The Conjuring 4 Mungkin Akan Menjadi Filem Terakhir Francais – James Wan

Kakimuvee

Disney+ Bangunkan Siri Aksi-Langsung King Kong, James Wan Akan Jadi Penerbit

Kakimuvee

Filem The Trench Yang Dibatalkan WB Adalah Filem Rahsia Black Manta

Kakimuvee

Penampilan Terbaru Patrick Wilson Yang Cukup Berbeza Untuk Filem “Aquaman and the Lost Kingdom”

Kakimuvee

Trailer “Malignant” Goda Kengerian Baru Dari James Wan

Kakimuvee