Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Wan Sahkan Tiada Ahli Justice League Dalam Filem Aquaman

Pengarah filem Aquaman, James Wan mengesahkan bahawa tiada anggota Justice League yang lain dalam filem solo adiwira Atlantis itu. Wan turut memberitahu, filem terbarunya itu akan memberi fokus sepenuhnya kepada karakter Aquaman. 

“I wanted to keep the story to the world of Aquaman and not have to worry about what other characters are doing in their films and how that would affect us. I just thought the simplest way was to keep it clean — keep it simple and let it be an Aquaman story.” 

Filem keenam DCEU ini akan menyaksikan persengketaan saudara diantara Arthur Curry (Jason Momoa) dan King Orm (Patrick Wilson) yang merancang untuk memulakan perang dengan manusia di atas permukaan bumi bagi membalas dendam atas perbuatan manusia yang melakukan pencemaran laut sejak berkurun yang lalu. Untuk mengelakkan perang diantara manusia dan Atlantis, Arthur Curry perlu bergabung dengan 7 kerajaan Atlantis yang lain.

Aquaman diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (The Conjuring 2) dan Will Beall.

Selain Jason Momoa, filem ini turut dibintangi pelakon Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, serta Nicole Kidman.

Aquaman bakal menemui penonton di Malaysia pada 20 Disember 2018

Related posts

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating