Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Wan Kongsikan Sut Baru Aquaman

Pengarah James Wan telah kongsikan pandangan pertama Aquaman and the Lost Kingdom, mendedahkan dua sut baru untuk watak utama lakonan Jsaon Momoa. Sut pertama menepati ciri-ciri sut klasik Aquaman, manakala sut kedua kelihatan lebih menarik, iaitu sut penyamaran yang diinspirasikan dari sut biru Arthur Curry pada tahun 1980an. 

Dalam kapsyennya, Wan menulis, “Inilah @prideofgypsies dalam sut klasik #Aquaman DAN satu lagi pakaian lain – sut penyamaran. Teknologi Altantean berdasarkan kemampuan penyamaran cephalopod. Saya dan David Leslie Johnson mendapat inspirasi dari “sut biru” 80an.”


Menyertai Momoa sebagai watak utama DC Superhero Arthur Curry / Aquaman, adalah Amber Heard (Mera), Yahya Abdul-Mateen II (David Kane/Black Manta), Patrick Wilson (Prince Orm Marius), Temuera Morrison (Tom Curry), dan Dolph Lundgren (King Nereus). Bintang Game of Thrones Pilau Asbæk menyertai filem ini dengan memainkan watak penjahat. 

Buat masa ini tidak diketahui sama ada Nicole Kidman atau Willem Dafoe akan kembali dalam filem sekuel akan datang, tetapi berkemungkinan besar mereka mungkin meneruskan peranan mereka sebagai Atlanna dan Vulko. 

Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan tayangan pada 16 Disember 2022.

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment