Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Wan Berkolaborasi Dengan Universal Pictures Untuk Terbitkan Filem ‘Monster’ Terbaru

Selepas kejayaan kolaborasi dengan pengarah Leigh Whannell menerusi filem The Invisible Man, Universal Pictures bakal bergandingan dengan satu lagi pembikin filem seram terkenal, James Wan untuk bangunkan filem ‘monster’ terbaru.

Menurut The Hollywood Reporter, filem tersebut akan ditulis oleh penulis Supernatural, Robbie Thompson, dan akan mengambil inspirasi dari filem ‘monster’ Universal yang lalu dimana ia akan berkisarkan sekumpulan remaja yang mengentahui jiran mereka menghasilkan raksasa dibawah rumahnya dan perlu menghentikan raksasa tersebut yang terlepas dari kurungan.


Wan bagaimanapun tidak akan mengarahkan projek tersebut, sebaliknya akan bertindak selaku penerbit menerusi syarikat penerbitannya, Atomic Monster.  Walaupun sibuk dengan pembikinan filem Aquaman yang lalu, dia sempat memberi sumbangan dalam pembikinan filem-filem dengan menerbitkan beebrapa filem seram dari dunia Conjuring seperti The Nun, Annabelle: Creation, Annabelle: Comes Home dan The Curse of La Llorona serta filem seram Lights Out dan Insidious: The Last Key. 

Projek terkini dibawah syarikat penerbitan Atomic Monster adalah Malignant dimana Wan kembali sebagai pengarah dalam genre seram dan filem The Conjuring seterusnya berjudul The Devil Made Me Do It, dimana ia akan diarahkan oleh Michael Chaves. Malignant akan menemui penonton 14 Ogos ini, manakala The Devil Made Me Do It akan ditayangkan pada 11 September 2020.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment