James Wan Bakal Hasilkan Filem Seram Terbaru Yang Lebih “Old School, Practical Effects”

395
views

James Wan Filem Seram

Bagi yang menantikan filem sekuel Aquaman 2, mungkin anda perlu bersabar sedikit lama kerana pembikin filem seram terkenal, James Wan sedang menyiapkan projek terbaru untuk New Line Cinema.

Projek terbaru itu masih belum mempunyai tajuk dan ia juga merupakan sebuah filem seram yang ideanya masih segar.

James Wan telah memuatnaik perkongsian serta beberapa keping gambar dilokasi cadangan penggambaran di laman Facebook miliknya (telah dipadam) dan menceritakan serba sedikit mengenai projek terbarunya itu.

Menurutnya, filem seram itu akan lebih “old school” dan menggunakan lebih banyak kesan-kesan praktikal.

“Ada sedikit spekulasi mengenai projek saya yang akan datang … semua yang saya katakan ialah, saya sangat teruja untuk kembali ke indie saya dengan ‘hard-R thriller’. Idea seram asal (bukan reboot / pembuatan semula atau apa-apa berdasarkan IP sedia ada) dengan gaya ‘old school’, kesan praktikal dan tiada set skrin biru gergasi.”

Filem terbaru itu akan diarahkan sendiri oleh James Wan dan skrip ditulis bersama dengan penulis Ingrid Bisu. Penggambaran dijangkan bermula pada musim luruh akan datang di Los Angeles. Wan akan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Michael Clear.

Kali terakhir James Wan mengarahkan filem seram adalah filem The Conjuring 2 yang ditayangkan pada tahun 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here