Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James McAvoy Derma RM1.5 Juta Bantu Pembelian Sut Perlindungan Jangkitan

Bekas pelakon X-Men, James McAvoy mendermakan sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.

Bintang filem itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang diwujudkan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.

Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.

McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram.

“Wang yang didermakan hari ini bakal menyelamatkan nyawa. Bantu kami untuk bantu kerejaan untuk bantu NHS. Situasi kini amat mendesak dan kita kesuntukan masa.”

James McAvoy memainkan peranan sebagai Professor X dalam siri X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past, X-Men: Apocalypse, dan X-Men: Dark Phoenix. Selain itu, dia turut berlakon dalam filem Deadpool 2, Split dan It.

 

View this post on Instagram

 

LINK IN BIO. #masksfornhsheroes #masks4nhsheroes #protectthenhs #frontline #nhs #stayathome #coronavirus #covid19 @crowdfunderuk #thankyounhs

A post shared by James Mcavoy (@jamesmcavoyrealdeal) on

Sumber: Astro Awani

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment