James Marsden Bintangi Filem Sonic The Hedgehog

0
90
views

Bintang siri televisyen Westworld dan filem X-Men, James Marsden disahkan akan berlakon dalam filem terbaru keluaran Paramount Pictures berjudul Sonic The Hedgehog, filem adaptasi permainan video popular terbitan Sega.

Sonic The Hedgehog akan berkisarkan tentang watak Sonic yang akan menentang penjahat Doctor Robotnic, sepertimana yang ditunjukkan dalam permainan video mereka. Ini merupakan filem pertama Sonic selepas beberapa karakter dari permainan tersebut muncul dalam filem Wreck-It Ralph dan Ready Player One.

Neal H. Moritz dari syarikat produksi Original Film Inc. akan menerbitkan filem ini dan pengarah filem Deadpool, Tim Miller akan menjadi penerbit eksekutif. Manakala Jeff Fowler akan bertindak selaku pengarah.

Sonic the Hedgehog pertama kali diperkenalkan pada tahun 1991 dalam permainan konsol SEGA Genesis. Sejak dari itu, karakter tersebut semakin popular sehingga ia dimasukkan ke dalam senarai "World Video Game Hall of Fame" pada tahun 2016. Dua permainan terbaru yang diterbitkan pada tahun 2017 iaitu Sonic Mania dan Sonic Forces telah terjual sehingga 360 juta unit seluruh dunia.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here