Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

James Mangold & Robert Rodriguez Antara Yang Dikhabarkan Menjadi Pengarah THE MANDALORIAN Musim Kedua

Menurut laporan Star Wars News Net, calon Anugerah Academy James Mangold (Ford vs Ferrari, Logan) dan Robert Rodriguez (Alita: Battle Angel) mungkin akan mengarahkan beberapa episod dalam siri Star Wars, The Mandalorian musim kedua. Laman tersebut turut menyatakan secara spesifik yang penglibatan Rodriguez dalam siri itu nanti ‘sangat hebat’.

Selain itu juga Bryce Dallas Howard turut dilaporkan akan kembali sebagai pengarah dalam musim kedua itu nanti. Howard sebelum ini telah pengarahkan episod “Chapter 4: Sanctuary” dalam musim pertama The Mandalorian. 


Penggambaran musim kedua telahpun bermula hujung tahun yang lalu dan akan ditayangkan di Disney+ pada Oktoer ini.

Sementara itu, laman yang sama turut kongsikan perkembangan satu lagi siri Star Wars Disney+, iaitu Obi-Wan Kenobi. Menurut laman tersebut, Obi-Wan Kenobi telah mempunyai ‘Working Title’ iaitu Pilgrim. Ewan McGregor akan kembali meneruskan wataknya sebagai Obi-Wan dalam siri itu nanti, dimana kisahnya telah ditetapkan 8 tahun selepas kejadian Revenge of the Sith. 

Siri Obi-Wan Kenobi akan diarahkan Deborah Chow, dan Chow bersama-sama Amini dan McGregor akan bertindak selaku penerbit eksekutif disamping Kathleen Kenney, Tracey Seward dan John Swartz. Obi-Wan Kenobi setakat ini masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Related posts

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee

Leave a Comment