Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Mangold Dilaporkan Akan Menulis Dan Mengarahkan Filem Boba Fett

Pengarah filem Logan, James Mangold dilaporkan akan menulis dan mengarahkan filem ‘standalone’ mengenai Boba Fett, salah satu karakter popular dalam dunia Star Wars. Ini merupakan filem standalone keempat dalam franchise Star Wars. Tiga filem sebelum ini adalah Rogue One dan Solo manakala filem mengenai Obi-Wan Kenobi dilaporkan sedang dalam perancangan.

Boba Fett mula diperkenalkan dalam filem Star Wars Episode V: The Empire Strike Back sebagai seorang pemburu upahan yang berkhidmat untuk Galatic Empire bagi mencari Millennium Falcon. Walaupun penampilannya dalam filem tidak begitu lama, ia menjadi karakter yang sangat diminati oleh para peminat Star Wars.

Sebelum ini, seorang lagi pengarah filem X-Men, Josh Trank dan penulis/penerbit Simon Kinberg dilaporkan sedang merancang filem Boba Fett, tetapi Lucasfilm membatalkannya atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, dengan laporan terbaru dari Hollywood ini, peminat Star Wars berpeluang melihat dengan lebih dalam kisah dan karakter Boba Fett dalam filem solonya nanti.

Related posts

Warner Bros. Rancang Filem “Harry Potter and the Cursed Child”?

Kakimuvee

Filem Terbaru “Star Trek” Akan Ditulis Kalinda Vazquez

Kakimuvee

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee