Laman web Variety melaporkan, pengarah filem Logan, James Mangold akan mengarahkan sebuah lagi filem terbitan 20th Century Fox tidak lama lagi. Filem yang masih belum mempunyai tajuk itu akan berkisarkan tentang seteru diantara syarikat pengeluar kereta Ford yang mahu menewaskan Ferarri dalam pembuatan kereta paling laju.
Filem berkenaan diangkat dari kisah sebenar dimana sekumpulan jurutera dan designer. diketuai oleh Carroll Shelby dan pelumba British, Ken Miles yang bekerja untuk Henry Ford II dalam membikin dan mencipta sebuah kenderaan paling laju bagi menewaskan Ferarri. Filem tersebut akan berlatarbelakangkan tahun 1966, dimana sedang berlangsung perlumbaan kereta terkenal iaitu kejohanan dunia Le Mans.
Malah laporan dari laman web itu juga menyebut, James Mangold berminat untuk membawa masuk pelakon Matt Damon dan Christian Bale untuk membawakan wataka Carroll Shelby dan Ken Miles.
Mangold juga akan bekerjasama dengan penulis lakonlayar filem Edge of Tomorrow, Jez dan John-Henry Butterworth dalam merencana perjalanan filem itu nanti.
Bagaimanapun, bila projek filem terbaru itu akan bermula tidak diketahui lagi buat masa ini. Filem arahan James Mangold, Logan telah berjaya mendapat pencalonan dalam Anugerah Academy dan kini dikatakan sedang dalam perancangan untuk hasilkan sebuah filem spin-off X-Men yang menampilkan salah seorang karakter filem Logan sebagai pelakon utama iaitu Laura atau dikenali juga sebagai X-23.