Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Umumkan Senarai Pelakon Filem The Suicide Squad


Pengarah James Gunn secara rasminya telah mengumumkan barisan pelakon filem terbarunya, The Suicide Squad menerusi laman Twitter.

Barisan pelakon The Suicide Squad termasuklah David Dastmalchian, John Cena, Jai Courtney, Joaquín Cosío, Nathan Fillion, Joel Kinnaman, Maylin Ng, Flula Borg, Sean Gunn, Juan Deigo Botto, Storm Reid, Pete Davidson, Taika Waititi, Alice Brage, Steve Agee, Tinashe Kajese, Daniela Melchior, Peter Capaldi, Julio Ruiz, Jennifer Holland, Viola Davis, Idris Elba, Margot Robbie, dan Michael Rooker.

Davis, Robbie, Courtney dan Kinnaman akan meneruskan watak mereka dalam filem pertama iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang dan Rick Flag. Selain itu juga, terdapat pelakon merupakan bekas pelakon filem Guardians of the Galaxy arahannya iaitu David Dastmalchian, Nathan Fillion, Sean Gunn, Steve Agee, dan Michael Rooker,

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Gunn manakala Chuck Roven dan Peter Safran akan bertindak selaku penerbit. Nik Korda pula sebagai penerbit eksekutif.

The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021.


https://twitter.com/JamesGunn/status/1172598575257346049?s=20


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee