Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Umum Filem Baharu Superman, Bukan Dibintangi Henry Cavill


Peminat DC boleh melupakan babak kredit Black Adam kerana Henry Cavill tidak lagi menjadi Superman di masa akan datang. 

Awal hari ini, Henry Cavill, menerusi akaun Instagram, telah kongsikan berita sedih kepada peminat dengan mengatakan bahawa dia tidak lagi menjadi Superman dalam mana-mana filem terbaru DC yang akan datang.

Pekara tersebut diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan dengan CEO bersama DC Studios, James Gunn dan Peter Safran. 

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan James Gunn dan Peter Safran, dan ia berita sedih, semua. Saya tidak akan kembali sebagai Superman,” tulis Cavill di akaun Instagram rasmi miliknya. 

Pengumuman yang dibuat Cavill telah mengejutkan ramai peminat yang telah lama berharap agar dia dapat kembali menyarung sut Superman, selepas dia kali terakhir dilihat dalam filem Zack Snyder’s Justice League.


Sementara itu, di Twitter, James Gunn mengesahkan bahawa dia dan Peter Safran kini bersedia untuk memulakan perancangan filem baharu Superman yang akan memberi fokus pada kehidupan awal adiwira terkenal DC itu. 

“Antara dalam senarai perancangan itu ialah Superman. Pada peringkat awal, cerita kami akan memfokuskan pada kehidupan awal Superman, jadi watak itu tidak akan dilakonkan oleh Henry Cavill,” kata Gunn.

“Tetapi kami baru sahaja mengadakan pertemuan yang hebat dengan Henry, dan kami bercakap tentang beberapa kemungkinan menarik untuk bekerjasama pada masa hadapan.”

Gunn juga menjelaskan bahawa dia telah menulis projek itu untuk seketika tetapi tidak pasti siapa yang akan mengarahkan filem itu.

Sementara Variety melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka “sedang mecari sesuatu di alam semesta komik khusus untuk Cavill.” 

Selain itu juga, filem akan datang bukanlah pengganti kepada satu lagi filem Superman yang telah diumumkan sebelum ini. Filem dibawah tanggungjawab Ta-Nehisi Coates dan J.J. Abrams itu masih lagi aktif di peringkat pembangunan. 


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Kos Pembikinan The Flash Hampir AS$300 Juta

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee