2017 boleh dikatakan tahun yang begitu besar dan penting oleh studio Marvel. Ini disebabkan bukan satu ataupun dua, tetapi sebaliknya tiga filem Marvel Cinematic Universe (MCU) akan ditayangkan tahun ni. Bermula 5 May ini, filem kedua Guardians of the Galaxy Vol. 2 arahan James Gunn akan ditayangkan dan kemudian diikuti dengan filem solo pertama Spider-Man yang akan ditayangkan 7 Julai ini.
Tapi yang paling mencuri perhatian ialah filem ketiga Thor: Ragnarok yang akan ditayangkan pada 3 November ini. Selepas berakhirnya eventĀ Avengers: Age of Ultron,Ā dua karakter utama Avengers iaitu Thor dan Hulk telah menyepi sehinggalah kedua-duanya bakal muncul dalam Ragnarok. Selain itu, pendekatan “lebih berwarna-warni” oleh pengarah filem Taika Waititi dalam terbaru ini telah menyebabkan peminat tidak sabar untuk menonton trailer rasmi yang bakal dikeluarkan nanti.
Bagaimanapun, ada seseorang telah menontonnya. Individu yang dimaksudkan ialah James Gunn. Beliau menyifatkan trailer filem ini antara yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Marvel Studio
https://twitter.com/JamesGunn/status/845821921887322112?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fscreenrant.com%2Fthor-3-ragnarok-trailer-best-marvel-james-gunn%2F
Kebiasaanya Marvel akan mengeluarkan trailer-trailer pertama filem mereka dalam enam ke lapan bulan sebelum tarikh tayangannya. Jadi kita bakal menyaksikan trailer Thor: Ragnarok tidak lama lagi dan melihat adakah trailer filem tersebut antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh studio tersebut.
Thor: Ragnarok bakal menampilkan Hulk dan Doctor Strange disamping villain terbaru, Hela yang dibintangi olehĀ Cate Blanchett