Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Sahkan “The Suicide Squad” Akan Diberi Rating “R”

Filem terbaru DC The Suicide Squad telah selesai menjalani penggambaran, dan pengarah / penulis James Gunn kini sedang bekerja keras untuk membangunkan siri televisyen spinoff Peacemaker yang dibintangi John Cena. 

The Suicide Squad merupakan antara filem terbaru Warner Bros. yang akan ditayangkan serentak di pawagam dan HBO Max. Dikala tarikh tayangannya masih kekal pada Ogos tahun ini, Gunn mendedahkan kepada peminat rating filem akan datang.

Ketika menjawab pertanyaan peminat di laman Twitter, Gunn mengesahkan bahawa filem The Suicide Squad akan diberi rating “R”, yang mana peminat berpeluang untuk melihat kegilaan dan keganasan pasukan ‘villain’ Task Force X. 

Selain itu juga, Gunn turut menolak khabar angin yang mengatakan siri TV Peacemaker akan ditayangkan di The CW, sebaliknya kekal di platform streaming HBO Max dengan rating ‘R’.

The Suicide Squad dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee