Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Penggambaran The Suicide Squad telahpun selesai pada April yang lalu, dan kini pengarahnya, James Gunn mengesahkan durasi filem arahannya itu. 

The Suicide Squad secara rasmi berdurasi 2 jam 12 minit. Gunn mendedahkan pekara tersebut di laman Twitter ketika menjawab pertanyaan peminatnnya. 

“The Suicide Squad” dibarisi beberapa pelakon asal seperti Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman. Mereka akan memainkan peranan yang sama dalam filem 2016, iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Rooker sebagai Savant, Flula Borg sebagai Javelin, David Dastmalchian sebagai Polka Dot Man, Daniela Melchior sebagai Ratcatcher 2, Idris Elba sebagai Bloodsport, Mayling NG sebagai Mongal, Peter Capaldi sebagai Thinker, Alice Braga sebagai Solsoria , Pete Davidson sebagai Blackguard, Natha Fillion sebagai TDK, Sean Gunn sebagai Weasel, John Cena sebagai Peace Maker dan Steve Agee sebagai King Shark.

Filem terbaru DC Extended Universe ini ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, manakala Charles Roven dan Peter Safran berfungsi sebagai penerbit. The Suicide Squad akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment