Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn ‘Merajuk’ Dengan Kecaman Segelintir Peminat DC


James Gunn telah mengeluarkan kenyataan bagi menangani kebimbangan peminat mengenai hala tuju DC Universe selepas pengunduran Henry Cavill sebagai Superman. Kenyataan itu juga turut menyentuh isu kecaman atas talian yang diterimanya bersama Peter Safran. 

“Salah satu pekara yang saya & Peter sedar semasa kami mengambil alih tugas sebagai ketua DC Studios ialah sebilangan orang dalam talian yang boleh menjadi, kecoh & tidak baik.”¬†ujarnya dalam kenyataan tersebut.¬†

“Pilihan kami untuk DCU adalah berdasarkan pekara yang kami percaya terbaik untuk cerita dan watak DC yang telah wujud selama hampir 85 tahun. Mungkin pilihan ini bagus, mungkin tidak, tetapi ia dibuat dengan hati yang ikhlas, integriti dan sentiasa dengan cerita yang difikirkan,”¬†jelas Gunn mengenai hala tuju DCU.¬†

Gunn juga menyentuh isu mengenai kecaman dan digelar dengan pekara yang tidak baik oleh peminat. 

“Tiada siapa yang suka diganggu dan digelar dengan nama yang tidak baik – tetapi, terus terang, kami telah melalui pekara yang lebih teruk. Jeritan yang tidak sopan tidak pernah menjejaskan tindakan kami.”


“Kami sedar akan ada tempoh pergolakkan apabila kami menyertai dunia ini, & kami tahu kadangkala perlu membuat pilihan yang sukar, terutamanya berikutan sifat berpecah-belah yang telah wujud sebelum [kehadiran] kami. Tetapi, ini tidak memberi kesan kepada kami, berbanding tugas kami sebagai artis & penjaga dalam membantu mencipta masa depan yang luas & indah untuk DC.”

 

Kebanyakkan masa depan DCU masih lagi misteri. Gunn baru-baru ini hanya mengumumkan beberapa keputusan mengejut yang dilihat seperti mahu menghapuskan segala jejak DCEU yang sebelum ini berpaksikan ‘Snyderverse’.

Antara keputusan besar ia pengunduran Henry Cavill sebagai Superman, dan pembatalan Wonder Woman 3. Selain itu juga, terdapat laporan yang mengatakan cameo Superman dan Wonder Woman turut dibuang dari filem The Flash yang akan datang, dan Jason Momoa mungkin tidak lagi menjadi Aquaman. 

Apapun, kita nantikan perancangan 10 tahun DCU yang akan dibentangkan James Gunn dan Peter Safran di masa hadapan. 


Related posts

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Peminat Gambarkan Alexandra Daddario Sebagai Wonder Woman

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Warner Bros. Discovery & UNIFI Memperluaskan Kerjsama Dengan Pelancaran Pek HBO & HBO GO Di UNIFI TV

Kakimuvee