Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Jelaskan Kemunculan Batman Dalam Filem “The Suicide Squad”


Jika anda pernah menonton filem Suicide Squad arahan David Ayer, pasti anda pernah melihat cameo adiwira Gotham itu dalam filem yang menampilkan watak antagonis DC. Walaupun sekadar cameo, adiwira tersebut telah memainkan peranan penting dalam merencanakan kisah asal-usul karakter seperti Deadshot dan Harley Quinn.

Filem kedua The Suicide Squad arahan James Gunn yang kini sedang dalam pembikinan telah dianggap sebagai ‘soft reboot’ dari filem pertama. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang peminat untuk bertanyakan satu soalan penting kepada pengarah tersebut. Adakah Batman akan membuat kemunculan dalam filem The Suicide Squad?

James Gunn telah menjawab soalan peminat yang bertanyakan mengenai Batman di laman Instagram miliknya, dan jawapan yang diberikan sedikit mengecewakan. Batman berkemungkinan besar tidak akan muncul dalam filem The Suicide Squad, dan Gunn menjelaskan, filem arahanya itu akan memberi sepenuh fokus kepada ahli kumpulan Task Force X aka The Suicide Squad.

Nampaknya filem The Suicide Squad tidak akan menampilkan Batman, malah menutup ruang untuk karakter penting DC membuat kemunculan dalam filem tersebut.

The Suicide Squad dibintangi pelakon seperti Margot Robbie (Harley Quinn), Joel Kinnaman (Rigg Flag), Jai Courtney (Captain Boomerang) dan Viola Davis (Amanda Waller). Turut menyertai barisan pelakon adalah David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior Ratcatcher dan bintang WWE, John Cena.


Filem ini akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee