Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Dedahkan Kata-Kata Terakhir Groot Dalam Avengers: Infinity War


Penamat filem Avengers: Infinity War tidaklah seperti filem-filem Marvel yang lain. Boleh dikatakan ramai penonton bersedih dengan apa yang berlaku kepada separuh superhero Marvel selepas Thanos berjaya mengumpulkan kesemua batu infiniti dan menggunakan kuasanya untuk melenyapkan separuh populasi galaksi.

Sebelum lenyap, kebanyakkan superhero yang menerima kesan dari perbuatan Thanos sempat mengeluarkan kata-kata terakhir, termasuklah salah seorang ahli Guardians of the Galaxy ini iaitu Groot. Makhluk tersebut sempat berkata sesuatu kepada Rocket Racoon sebelum dia turut hilang. Namun, Rocket  tidak membalas apa-apa kecuali menujukkan reaksi sedihnya.

Kerana ingin mengentahui apakah maksud ayat terakhir Groot sehingga membuatkan Rocket sedih, seorang peminat telah bertanyakan kepada pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn tentang maksud yang dituturkan oleh makhluk tersebut. Nyata maksud kata-kata cukup menyedihkan..

James Gunn mendedahkan maksud dari kata-kata Groot adalah “ayah”. Rocket, Star-Lord dan Drax dianggap ‘father figure’ kepada karakter tersebut yang muncul sebagai Baby Groot selepas mengorbankan dirinya dalam filem pertama. Kehilangan Groot dihadapan mata Rocket pasti benar-benar menyedihkannya. Rocket bukan sahaja kehilangan makhluk yang dianggapnya sebagai anak, tetapi turut kehilangan rakan-rakannya lain.

Apapun, Avengers: Infinity War memberikan satu bentuk cerita yang berbeza kepada penonton. Kita nantikan sambungannya Avengers 4 yang akan ditayangkan pada 3 May 2019



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee