Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Gunn Dedahkan Guardians Of The Galaxy Vol. 3 Akan Ditetapkan Selepas Thor: Love & Thunder


Marvel Studios baru-baru ini telah mengumumkan senarai dan tarikh tayangan filem-filem Marvel Cinematic Universe fasa 4. Walaupun teruja dengan senarai filem yang dinyatakan, peminat tertanya-tanya bagaimana filem-filem terbaru itu dikaitkan dengan ‘event’ selepas filem Avengers: Endgame. 

Antara persoalan peminat adalah kaitan diantara filem Thor: Love and Thunder dan Guardians of the Galaxy Vol. 3, memandangkan Thor kali terakhir dilihat, telah bersama-sama ahli kumpulan Guardians of the Galaxy pergi mengembara ke angkasa.

Seorang peminat telah bertanya kepada James Gunn di laman Instagram milik pengarah tersebut mengenai kedudukan filem keempat Thor itu, adakah sebelum atau selepas filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Pengarah tersebut mendedahkan filem ketiga Guardians itu akan ditetapkan selepas ‘event’ Love and Thunder.

Buat masa ini, perkembangan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 tidak akan diketahui dalam masa terdekat memandangkan James Gunn sedang sibuk dengan penggambaran filem The Suicide Squad. Bagaimanapun, peminat mungkin boleh berharap agar ‘cameo’ ahli Guardians ditunjukkan dalam filem Thor: Love and Thunder, memandangkan mereka bersama-sama pergi ke angkasa semasa penghujung filem Endgame. 

Thor: Love and Thunder akan menemui penonton pada 5 November 2021.



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee