Berita

James Gunn Beri “Hint” Bakal Ada Kematian Dalam Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Views

Dalam artikel sebelum ini, kami pernah berkongsikan tentang filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan menjadi filem terakhir James Gunn dan akan turut menjadi filem terakhir buat watak-watak asal filem tersebut.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana filem ketiga Guardians of the Galaxy itu akan berakhir, adakah ahli asal akan membawa haluan masing-masing atau sebaliknya.

Atas usaha cuba mengorek ‘spoiler’ awal, seorang peminat telah bertanya kepada James Gunn dengan satu soalan yang cukup mudah: “Someone will die in Guardians of the Galaxy Vol. 3???”

James Gunn membalas dengan memberi jawapan yang mungkin sedikit mengusarkan hati peminat-peminat Marvel: “I can’t remember ANY comic book film where anyone didn’t die!”

Nampaknya James Gunn memberi hint akan berlaku kematian dalam filem ketiga itu nanti, tetapi memandangkan soalan terlalu umum, mungkin watak yang dimaksudkan adalah dari kalangan watak-watak sampingan. Siapa tahun bukan?

Jika dilihat dari sejarah filem pertama dan kedua, James Gunn pernah mematikan watak Groot sebelum digantikan Groot yang ‘baru’, dan dia juga turut menamatkan watak Yondu yang akhirnya memberi kesan kepada penonton. Jadi tidak mustahil dalam filem ketiga, akan ada watak yang dimatikan oleh pembikin filem itu. Cuma persoalannya watak akan mati?

BACA:  Penulis Skrip Bumblebee Dipilih Untuk Menulis Skrip Filem Batgirl

Apapun, yang pasti filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan menjadi filem terakhir buat ahli-ahli asal Guardians, dan peminat perlu bersedia sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tidak semua watak akan kekal selama-lama, lambat laun watak kegemaran seseorang itu perlu ditamatkan dan diganti dengan watak baru.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 dijangka akan memulakan produksinya sebaik sahaja James Gunn selesai menyiapkan filem The Suicide Squad.

Tinggalkan Balasan

shares