Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Foley Arahkan Filem Alcatraz, Adaptasi Dari Kejadian Sebenar

Pengarah filem Fifty Shades, James Foley dilaporkan telah menandatangani kontrak untuk mengarahkan filem bertemakan penjara berjudul Alcatraz. 

Filem tersebut diadaptasikan dari kejadian sebenar yang berlaku pada Jun 1962 dimana 3 banduan iaitu Frank Morris dan dua beradik Anglin telah berjaya melarikan diri dari penjara Alcatraz, penjara yang paling sukar untuk banduan melarikan diri. Ketiga-tiga mereka masih lagi dalam senarai individu paling dikehendaki oleh U.S. Marshall Service walaupun kejadian berkenaan sudah melebihi 50 tahun

Skrip filem Alcatraz akan ditulis oleh Ian Mackenzie Jeffers, penulis filem aksi Death Sentence arahan James Wan. Basil Iwanyk dan Gianni Nunnari bertindak selaku penerbit menerusi syarikat produksi mereka iaitu Thunder Road dan Hollywood Gang Productions.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai senarai pelakon dan tarikh tayangan filem ini diumumkan oleh pihak studio.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment