James Cameron Ucapkan Tahniah Kepada Marvel Studios & Avengers: Endgame Kerana Berjaya Atasi Avatar

1790
views

Dengan kutipan terkini telah mencecah $2.790 billion dolar seluruh dunia, Avengers: Endgame kini berjaya menduduki tangga pertama kutipan paling tinggi sepanjang zaman, mengatasi rekod 10 tahun Avatar yang mengutip $2.789 billion dolar.

Sehubungan dengan itu, pengarah, penulis dan penerbit filem Avatar, James Cameron mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Marvel Studios dan Avengers: Endgame diatas kejayaan mereka menjadi raja kutipan box office.

Oel Ngati Kameie, I See You Marvel – Congratulations to Avengers: Endgame on Becoming the New Box-Office King. – Jim Cameron

Ucapan tahniah itu dikongsikan laman Twitter rasmi Avatar sebentar tadi.

Mesej yang disampaikan Cameron itu meneruskan tradisi pembikin filem yang mengucapkan tahniah sesama sendiri jika terdapat filem yang mengatasi rekod kutipan tiket. Tahun ini, Cameron turut mengucapkan tahniah kepada Avengers: Endgame kerana berjaya mengatasi kutipan box office Titanic dan Kevin Feige juga pernah mengucapkan tahnia kepada Steven Spielberg selepas filem Jurassic World dapat mengatasi The Avengers pada tahun 2015.

Untuk rekod, Avengers: Endgame telah membuat tayangan semula pada 28 Jun yang lalu dan filem Avatar juga pernah membuat tayangan semula pada Ogos 2010

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here