Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Bond: Tom Hardy Mahukan Christopher Nolan


Tom Hardy & Christopher Nolan

Terdapat satu tradisi di Hollywood dimana pelakon dan pengarah akan berkerjasama dalam pembikinan sesebuah filem. Kebiasaannya, pengarah akan memilih pelakonnya sendiri dalam setiap filem arahan mereka bagi memastikan filem yang dihasilkan cukup mantap dan menarik.

Begitu juga dengan pelakon, dimana mereka juga melihat dahulu siapakah pengarah filem yang akan mengarahkan filem berkenaan sebelum mereka menerima tawaran berlakon (salah satu faktor). Ini kerana, kerjasama antara pengarah dan pelakon yang serasi akan menghasilkan satu chemistry atau bonding yang menjadi sesebuah filem itu mantap.

Sebagai contoh, Tom Hanks dan Steven Spielberg, Johnny Depp dan Tim Burton begitu juga Matt Damon dan Peter Greengrass. Terbaru, Tom Hardy juga sudah mempunyai pengarah kegemarannya, iaitu Christopher Nolan. Sejak dia berlakon sebagai villain dalam filem The Dark Knight Rises, Tom memberitahu yang dia meminati cara kerja pengarah terbabit dan dia juga telah bekerjasama dengan Christopher Nolan dalam filem perang akan datang iaitu Dunkirk.

Terbaru, nama Tom Hardy telah disebut-sebut akan menggantikan tempat Daniel Craig sebagai James Bond dalam filem ke-25 siri pengintipan terkenal itu. Menurut The Daily Best, Tom Hardy menyambut baik khabar angin tersebut dan berharap dia dapat membawa watak ikonik tersebut. Malah dia turut memberitahu laman web berkenaan, sekiranya dia terpilih membawa watak Bond, dia berharap Christopher Nolan akan mengarah filem tersebut.

Tom Hardy sesuai ke jadi 007?

Bekas pengarah 2 filem terakhir James Bond, Sam Mendes, juga menyuarakan pendapat, pengarah baru perlu diberi peluang untuk mengarahkan filem berkenaan. Ini menjadikan Nolan antara calon yang sesuai untuk mengarahkan filem James Bond.


Christopher Nolan bukanlah pengarah biasa, dia adalah antara pengarah paling berbakat dan berjaya dalam dunia perfileman Hollywood. Hampir kesemua filem arahannya mendapat pujian dari penonton dan mendapat kritikan yang baik dari pengkritik. Antara filem terkenal arahannya ialah filem franchais Batman iaitu Dark Knight, Interstellar dan Inception.

Sekiranya Tom Hardy terpilih sebagai James Bond, dan Nolan menjadi pengarah filem ini, pasti filem Bond mereka berdua mampu mengatasi beberapa filem Bond terhebat sebelum ini seperti Spectre, Golden Eye dan Tomorow Never Dies.

Jadi kepada anda semua, apa pendapat anda sekiranya Tom Hardy dan Christopher Nolan bergabung dalam filem James Bond?


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee

Gabungan Barbie & Oppenheimer Meletupkan Box Office Global Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Nolat Meminati ‘Fast & Furious’, Tidak Pernah Merendahkan Filem Dari Pengarah Lain

Kakimuvee

Tonton 5 Minit Pertama ‘Oppenheimer’

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee