Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

James Bond Kembali Beraksi Dalam Trailer No Time To Die


MGM telah melancarkan trailer penuh filem James Bond terbaru berjudul No Time to Die. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini serta Christopher Waltz yang kembali memainkan peranan sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Cary Joji Fukunaga mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri. No Time to Die akan menemui penonton pada 9 April 2020



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee