Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

James Bakal Menulis Dan Berkemungkinan Mengarahkan Filem Terbaru Suicide Squad

James Gunn yang sebelum ini dipecat oleh Disney dari mengarahkan filem Guardians of The Galaxy 3 dilaporkan bakal menulis skrip untuk filem terbaru Warner Bros. / DC, Suicide Squad 2.

Menurut laporan dari portal io9bekas pengarah Marvel Studios itu juga berkemungkinan besar akan mengarah sekuel itu.

James Gunn kini sedang dalam perbincangan dengan studio Warner Bros. dan jika perbincangan diantara kedua-dua pihak berjaya, peminat berkemungkinan melihat perubahan besar dalam sekuel Suicide Squad itu nanti.

Pada 2017, pengarah filem The Accountant, Gavin O’Connor telah menandatangani kontrak untuk menulis dan mengarahkan Suicide Squad 2, tetapi dengan perkembangan terbaru ini tidak dapat dipastikan sama ada Gavin akan masih mengarahkan filem sekuel itu ataupun tidak.

Filem pertama Suicide Squad diarahkan oleh David Ayer dan telah ditayangkan pada 2016. Walaupun dikritik hebat, filem yang menampilkan penjahat karakter DC itu berjaya meraih $750 juta dolar seluruh dunia.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment