Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jake Gyllenhaal & Antoine Fuqua Kembali Bekerjasama Dalam Filem Thriller The Guilty

Gandingan Southpaw, Jake Gyllenhaal dan Antoine Fuqua (Training Day) kembali bekerjasama dalam filem thriller terbaru berjudul The Guilty. Filem terbaru ini berdasarkan drama Den Skyldige arahan Gustav Moller. Gyllenhaal akan memainkan peranan utama manakala Fuqua sebagai pengarah.

The Guilty memaparkan kejadian yang berlaku pada satu pagi di pusat panggilan 911. Pengendali panggilan Joe Bayler (Gyllenhaal) cuba menyelamatkan pemanggil sedang berhadapan dengan bahaya besar – tetapi dia segera mengetahui bahawa ia tidak yang seperti yang dilihatnya, dan menghadapi kebenaran adalah satu-satunya jalan keluar.

“Saya bersemangat untuk bekerja dengan Antoine lagi. Kerjsama sama kami di ‘Southpaw’ adalah salah satu pengalaman seni yang hebat dalam karier saya, dan saya tidak sabar untuk kembali bekerja denganya. The Guilty adalah kisah istimewa, dan kisah yang sangat dekat dengan kita semua, ” ujar Gyllenhaaldalam satu temuramah

Lakonlayar akan ditulis oleh Nic Pizzolatto (Tru Detective). Gyllenhaal akan menerbitkan filem ini bersama-sama Fuqua. Penggambaran dijangka bermula pada November ini di Los Angeles. 

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Dua Filem Marvel Tanpa Judul Dapat Tarikh Tayangan Pada 2024

Kakimuvee

Leave a Comment